SESUNGGUHNYA AKU RINDU #part1
Sejujurnya tak pernah terlintas dalam hati ni nak duduk jauh dari Keluarga sendiri. Tapi Allah know us better.
Dayah anak seorang Petani dan penoreh getah. Budak kampung je. Dayah ada 12 adik beradik, Dayah yang ke 11. Tetapi yang masih ada hanya 8 orang sahaja. Dan Dayah laa yang last tu. Si Bongsu laa kiranya.
Dayah dari sekolah rendah dah kena duduk jauh dengan mak ayah. Sebab Dayah kena sekolah kat bandar (emm, tak ingat dah kenapa Dayah sekolah kat Bandar). Sebab adik beradik lain sekolah kat kg, dekat dengan mak ayah.
Masa kat Bandar, Dayah tinggal dengan kakak Dayah yang sulong. Sebab Sekolah rendah Dayah tu depan rumah sewa kakak Dayah (laa ni rumahnya dah tak ada. Kakak pun dah pindah rumah sendiri). Dayah hanya balik kg bila cuti sekolah sahaja. (Nanti Dayah cerita pengalaman sekolah rendah).
Lepas je habis UPSR, Aku nekad nak balik sekolah kat kampung, sebab Nak duduk dengan Mak ayah. Since sekolah lama tu sekolah agama swasta, so agak leceh laa nak tukar masuk sekolah kerajaan. First Day sekolah baru dapat tahu masuk sekolah mana untuk form 1.
Masa first assembly, Cikgu minta beratur ikut sekolah. Allahu, Dayah sorang je tak da kawan. Tapi Dayah tegur 1 group ni,. " Hampa, boleh dak kami nak duk dengan hampa, kami sorang sorang ja ni" ( skema wey ayat masa tu hampa kami 😂). Kebetulan, kawan2 yang dayah tegur tu, kawan sekelas. Alhamdulillah.
Dayah ulang alik pergi sekolah naik bus, kalau tertinggal bus/ bus rosak, ayah hantar. Kadang2 ponteng, bebai wey bas asyik rosak. Pertengahan bulan 9, Dayah dapat tawaran duduk asrama. Maka form 1 sampai form 5, Dayah stay kat hostel. (Nanti Dayah story part ni).
Habis SPM, lepak kat rumah ja. Belajar masak, baca novel, kawan dengan tv, makan , tidur (kira ganti balik apa yang tak dapat Buat masa sekolah). Lagi 1 , Ambik lesen kereta. Ada masa melepak kat rumah member.pergi cc kg sebelah. Masa ni laa Dayah mula kenal fb. Zaman friendster dah berlalu pergi.
Ehhhh, cerita ni panjang taw. Nanti kita sambung part 2 pulak. Part 2 tu yang membawa Dayah makin jauh dengan keluarga dan hidup berdikari.
Stay tune okay.
Salam sayang,
Leader CikYahEmpire
25.04.2020
Salam Dayah...owhh dari kecil noo dok jauh dari family tapi mesti dah independant kan
ReplyDeleteWasalam Fuzy..tq blog walking kat blog Dayah.. Alhamdulillah, pengalaman mematangkan kita..
ReplyDelete